Info Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang menamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda, tempat, dan sebagainya secara am atau secara umum. 

Manusia

emak, polis, akauntan, guru, adik ...

  1. Adik suka mengikut emak pergi ke pasar pada setiap minggu.
  2. Encik Izzat bekerja sebagai akauntan di Bank Simpanan Nasional. 
Haiwan

arnab, itik, kera, penyu, kura-kura ...

  1. Chan Wai Cheng memelihara beberapa ekor arnab.
  2. Anak kura-kura sedang makan kangkung di tepi parit. 
Tumbuh-tumbuhan


tebu, lalang, lumut, teratai, kelapa ...

  1. Ayah menanam beberapa batang tebu di belakang rumah.
  2. Pokok kelapa banyak di tanam di Bagan Datoh, Perak. 
Benda

gambar, jala, tanah, kipas, pensel ...

  1. Pak Cik Hamid menangkap ikan dengan menggunakan jala.
  2. Puan Salmah membeli sedozen pensel di Kedai Buku Suluh Budiman. 

Tempat

dewan, gerai, kolam, jalan, rumah ...


  1. Nasi lemak di gerai Mak Limah sungguh sedap dan enak.
  2. Pekerja syarikat itu sedang menurap jalan menuju ke Taman Rekreasi. 








Coretan dinihari..


Assalamualaikum...Baru nak belajar buat blog ni ha..Tapi tak sempat la nak mengadap lama-lama.Ada komitmen lain. Tugas dengan Lembaga Peperiksaan tak selesai lagi.Buat blog ni pun satu tugasan untuk PPG. Dah veteren baru rasa nak belajar lagi. Bukan apa menyahut seruan kerajaan untuk meninggi tahap profesionalisme perguruan.Dah diberi peluang rugi kalau dilepaskan begitu saja kan.. Inilah namanya pendidikan sepanjang hayat..selagi nyawa dikandung badan tak rugi menambahkan ilmu kan..