Panduan Penulisan Bahagian A

PENULISAN UPSR

Contoh Penulisan Bahagian A.




Mari Mendeklamasikan Sajak

Guru oh Guru






Mari Bergurindam







Perak Negeriku



Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan
Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri
Bukit Larut Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan Indahnya ciptaan Tuhan
Di tengah samudera biru Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku
Kinta daerah tengah Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah Tempat Keputeraan Seri Sultan
Hulu Perak nun di utara Kaya dengan sumber hasil hutannya
Tersergam empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan
Pasir Salak Bersejarah dan berdarah
Dato Sagor, Dato Maharajalela Gugur pertahankan bangsa
SITC maktab tertua Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak Oh negeriku Perak... Perak... Oh negeriku


JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI PERAK
1. Taman Negeri Royal Belum Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung.Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau.Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ. Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon. 2. Hutan Paya Bakau Matang Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar.Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.
3. Gua Tempurung Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970. 4. Taman Herba Negeri Perak Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai sememangnya mendamaikan selain dapat menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.
5. Sungai Klah Hot Springs Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik.Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan 6. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan.Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas. Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.
7. Zoo Taiping & Night Safari Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri.Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia. Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki. Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie. Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini. 8. Ipoh - The Limestone Wonder Ipoh adalah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur yang cukup unik. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun keindahannya.Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun. Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, anda pasti terpegun melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang unik selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu. Di Gua Tambun, sekitar tahun 1959, lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu dijumpai di pinggir Ipoh. Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong. Dikelilingi kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan, Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan keunikan.
9. Lumut & Pulau Pangkor Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang. Ia juga sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri. Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak. 'Pang Ko' yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota. Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.
10. Kuala Kangsar Bandar Diraja Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda. Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama 'Kuala Kurang Sa'. Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan. Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah. Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan. Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah pusat menghasilkan Labu Sayong.Untuk makan, laksan di medan selera Sungai Perak antara destinasi paling popular.

Info Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang menamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda, tempat, dan sebagainya secara am atau secara umum. 

Manusia

emak, polis, akauntan, guru, adik ...

  1. Adik suka mengikut emak pergi ke pasar pada setiap minggu.
  2. Encik Izzat bekerja sebagai akauntan di Bank Simpanan Nasional. 
Haiwan

arnab, itik, kera, penyu, kura-kura ...

  1. Chan Wai Cheng memelihara beberapa ekor arnab.
  2. Anak kura-kura sedang makan kangkung di tepi parit. 
Tumbuh-tumbuhan


tebu, lalang, lumut, teratai, kelapa ...

  1. Ayah menanam beberapa batang tebu di belakang rumah.
  2. Pokok kelapa banyak di tanam di Bagan Datoh, Perak. 
Benda

gambar, jala, tanah, kipas, pensel ...

  1. Pak Cik Hamid menangkap ikan dengan menggunakan jala.
  2. Puan Salmah membeli sedozen pensel di Kedai Buku Suluh Budiman. 

Tempat

dewan, gerai, kolam, jalan, rumah ...


  1. Nasi lemak di gerai Mak Limah sungguh sedap dan enak.
  2. Pekerja syarikat itu sedang menurap jalan menuju ke Taman Rekreasi. 








Coretan dinihari..


Assalamualaikum...Baru nak belajar buat blog ni ha..Tapi tak sempat la nak mengadap lama-lama.Ada komitmen lain. Tugas dengan Lembaga Peperiksaan tak selesai lagi.Buat blog ni pun satu tugasan untuk PPG. Dah veteren baru rasa nak belajar lagi. Bukan apa menyahut seruan kerajaan untuk meninggi tahap profesionalisme perguruan.Dah diberi peluang rugi kalau dilepaskan begitu saja kan.. Inilah namanya pendidikan sepanjang hayat..selagi nyawa dikandung badan tak rugi menambahkan ilmu kan..